Saturday, June 7, 2008

harus difikir

"Assalamualaikum WBT.
Sahabat-sahabat sekalian, dalam kehidupan ini kita seringkali mengalami masalah dan ancaman, yang paling terkini adalah masalah kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga barang keperluan. Semua ini adalah masalah yang berlaku akibat dari dalam bumi itu sendiri. Sekarang, saya ini berkongsi informasi bersama sahabat-sahabat mengenai ancaman yang datang dari luar bumi yang perlu kita semua tahu dan seterusnya dapat menghayati kekuasaan Allah yang Maha Hebat.
Allah SWT telah menciptakan banyak bintang di alam semesta dalam kuantiti yang tidak terbilang selagi dikehendakiNya. Dari pandangan sains astronomi, gugusan bintang ini diberi nama galaksi nama 'galaksi'. Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlah sebenarnya. Salah satu daripadanya adalah galaksi di mana bumi kita berada di dalamnya yang diberi nama 'bima sakti'.Dengan kuasa ALLAH diciptakanNya pula objek langit dan planet berputar mengelilingi matahari mengikut orbit yang tersusun. Kumpulan planet yang bergerak mengelilingi matahari, diberi nama pula Sistem Suria (Solar System). Begitu pula dengan galaksi lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaksi secara tersusun ini kemudian disitilahkan sebagai 'orbit'.
Pakar-pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yang berputar secara berbalik arah, jika di planet bumi kita ini matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang di dalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat. Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet-planet yang telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang di beri nama Planet Nibiru (ada yang panggil Planet X).
Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi. Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053? Ada laman web yang menyatakan pertembungan ini berlaku pada 2012. Dari segi sains, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat adalah dinamik dan boleh berubah ubah. Atau adakah ini adalah kiamat yang disebut dalam Al-Quran? ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.
Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.
Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.
Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.
Adakah keadaan ini membawa kepada kejadian kiamat? Allah SWT telah berfirman banyak kali dalam Al Quran yang menjelaskan betapa dahsyatnya kiamat. Seperti di dala Surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 6 yang bermaksud:
"Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan,"
Jika benar pertembungan ini yang memulakan kiamat, maka itu ALLAH SWT jualah yang menghendakinya.
Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia?
Untuk melihat ilustrasi yang lebih jelas, sila layari www.kerenahdunia.blogspot.com.

Wednesday, May 28, 2008

SK BLAU

Tuesday, May 27, 2008

GURU PEDALAMAN

ADJECTIVES

WH QUESTIONS


ENGLISH YEAR 4

Tutorial Blog

Tutorial Blog

Tutorial BlogCara membuat blog tutorial blogger tips ngeblog di wordpress blogger.com / blogspot dan tips menulis blog bagi blogger pemula dan lanjut.

Perhatian: Pengutipan sebagian atau keseluruhan suatu artikel diperbolehkan dan tidak diperlukan ijin terlebih dulu asal menyebut www.fatihsyuhud.com sebagai sumber pengambilan. Terima kasih.

Tip membuat blog bagi pemula. Tips ini pernah dimuat di kolom-mario blogspot.com yang saat ini sudah dihapus dan tidak lagi berada di bawah maintenance www.fatihsyuhud.com Bagi yang ngelink ke kolom-mario.blogspot.com, harap dihapus dan diganti ke blog www.fatihsyuhud.com.

Tutorial blog ini dibagi menjadi tiga (1) tutorial wordpress bagi pemula, baik wordpress.com, blogsome.com, blogs.ie atau self-hosted wordpress; (2) tutorial blogger.com / blogspot dan (3) tutorial ngeblog secara umum termasuk sejumlah tips promosi blog, cara menulis di blog, dan tip sukses menulis dan menjadi blogger.

WordPress.com tidak dapat menerima kode javascript. Aksesoris blog yang memakai javascript seperti shoutbox, oggyx, bukutamu, marquee (teks bergerak), iklan adsense, dan lain-lain tidak bisa dimasukkan ke wordpress.com. Sedang blogger.com, blogsome.com dan blogs.ie dapat menerima javascript.

Tutorial Blog WordPress.com

Tutorial Blogger.com / Blogspot

Tutorial Umum Blogging (Untuk Wordress dan Blogger.com/Blogspot): Promosi dan Manfaat Membuat dan Menulis Blog

Tips Menulis di Blog

Pendidikan

PRIMARY MATH ACTIVITIES
Here are a few activities to help you remember some of the information
we have in this section. All of these activities are built with
Macromedia Flash. Every section has its own activities.

SHAPES & COLORS

NUMBERS

ADDITION

SUBTRACTION

MULTIPLICATION

DIVISION

DATES & TIMES

DSC00099

PICT0002  PICT0013
PICT0016 PICT0020

Guru mendidik, bukan mengajar

Pembangunan modal insan seharusnya bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, dalam usaha ‘melentur buluh dari rebungnya’, tidak dapat dinafikan bahawa profesyen perguruan memainkan peranan yang amat penting.

Namun ‘guru’ kini sama ertinya dengan ‘pengajar’ apabila melihatkan realiti profesyen perguruan hari ini rata-rata para guru hanya menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar, bukannya ‘pendidik’.

Kurangnya kesedaran terhadap makna dan tugas sebenar seorang guru hanya akan merugikan generasi muda hari ini. Harus diperjelaskan bahawa tugas yang digalas oleh seorang pengajar dan pendidik adalah berbeza.

Bagi seorang pendidik, tugas mereka bukanlah hanya mengajar kurikulum yang telah disediakan. Selain daripada memastikan sukatan pelajaran berjaya ditamatkan mengikut ketetapan masa yang dijadualkan, tanggungjawab untuk membimbing para pelajar dengan nilai-nilai murni tidak seharusnya diabaikan.

Karisma seorang guru sememangnya mampu memberikan impak yang besar kepada pembangunan integriti anak didiknya.

Seharusnya, bagi seorang guru yang berjiwa pendidik dan pengajar, tugas mencurahkan ilmu perlulah diperkasakan lagi dengan keazaman untuk memanusiakan pelajarnya dengan nilai-nilai murni yang menjadi teras di dalam kehidupan.

Mendepani cabaran ‘memanusiakan manusia’ bukanlah suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi, kini hedonisme terus-menerus menjajah minda dan pemikiran generasi muda.

Justeru, para guru harus lebih peka dengan realiti pelajar hari ini serta membuat pendekatan yang bersifat kontemporer dan amali. Para guru juga harus punya jati diri yang jitu yang mana akan menzahirkan akhlak yang cantik dan indah yang sememangnya mampu menjadi contoh teladan terbaik buat para pelajar.

Keruntuhan akhlak generasi muda tidak seharusnya dipandang enteng. Perlulah difahami bahawa sekolah tidak sepatutnya bertindak sebagai gelanggang menyebar ilmu semata-mata, tetapi turut sama berperanan sebagai ‘tapak semaian’ adab sopan dan nilai murni di kalangan pelajar.

Nilai pada dasarnya bertunjangkan sumber keagamaan, kepercayaan, tradisi dan budaya. Menurut profesor Dr Sidek Baba dalam bukunya yang bertajuk ‘Pendidikan Rabbani’, dalam proses pendidikan, nilai-nilai teras adalah sesuatu yang amat penting dididik kepada pelajar.

Nilai-nilai seperti jujur, amanah, ikhlas, bijaksana, adil, telus adalah contoh asas bagaimana membentuk pemikiran, sikap dan amalan dalam hidup. Justeru, apabila nilai-nilai ini dijadikan pedoman ikutan, diserapkan ke dalam proses ilmu, kurikulum dan sukatan atau diolah dalam metodologi yang lebih kreatif, pasti akan mengukuhkan lagi jati diri seseorang.

Jati diri merupakan teras dan akhlak pula merupakan cerminan dan biasan daripada kejituan jati diri itu tadi.

Betapa beruntungnya Malaysia andainya para intelektual yang bakal berkhidmat bagi menggantikan kepimpinan akan datang mempunyai ilmu, ketinggian adab dan sahsiah diri yang unggul!

Betapa perkembangan peradaban dan ketamadunan insan itu sendiri bermula daripada jerih perit seorang guru!

Oleh yang demikian, bertepatan dengan sambutan perayaan Hari Guru pada tahun ini yang membawa tema ‘Guru Cemerlang, Negara Terbilang’, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua guru di Malaysia ini untuk kembali bertanya pada diri akan apakah matlamat sebenar kerjaya perguruan anda dan setakat manakah ‘kecemerlangan’ anda mampu menyumbang kepada pembangunan Negara Terbilang mengikut acuan dan landasan sebenar.

Seperti didedahkan di dada-dada akhbar dewasa ini, krisis kelunturan modal insan dalam kalangan para pelajar telah mengakibatkan masalah sosial yang serius seperti pelacuran di kalangan pelajar, gejala buang bayi, kes pukul dan sebagainya.

Desakan kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi antara penyebab yang mendorong para pelajar melibatkan diri dalam fenomena tidak sihat ini.

Oleh yang demikian, selain daripada ibu bapa, guru adalah individu yang paling rapat yang mampu memberi bimbingan dan dorongan kepada para pelajar.

Jika tugas pengajar hanya tertumpu kepada aspek kurikulum semata-mata, pendidik pula perlulah bersedia dengan bidang ilmu yang pelbagai.

Sebagai golongan cerdik pandai, para pendidik haruslah mencurahkan ilmu-ilmu mereka dengan segala kudrat yang ada di samping memberi bimbingan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.

Kerana itulah, para guru seringkali dianggap sebagai lilin yang sentiasa membakar diri dengan nasihat dan tunjuk ajar penuh hikmah!

Jelaslah, tugas guru bukan hanya pada pembangunan intelektual sahaja, tetapi juga pada aspek kerohanian dan keperibadian para pelajar.

Sebagai salah satu usaha untuk menyahut cabaran perdana menteri dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) yang mahukan pembangunan modal insan diberi penekanan serius, para guru haruslah bangkit dengan agenda dan strategi tersendiri dalam menaiktaraf peranan guru agar kerjaya murni mereka mampu melahirkan intelektual yang juga murni dalam aspek keperibadian dan sahsiah.

Sesungguhnya, jiwa pengajar dan pendidik haruslah bersatu agar sentuhan daripada kedua-dua elemen ini berjaya membentuk jiwa pelajar menjadi kamil dan luhur budi pekerti.

Akhir kata, selamat hari guru buat semua pengajar berjiwa pendidik!

Followers

 

Copyright © 2009 by Sekolah Kebangsaan Blau

Template by Blogger Templates | Powered by Blogger